Surau Al-Ikhwan :
Home » » Isteri Degil Tanda Suami telah Gagal...

Isteri Degil Tanda Suami telah Gagal...

Sabtu, 21 Julai 2012 | 0 ulasan


Sebenarnya tak susah mencairkan hati isteri, berbincanglah dan berbual panjang-panjang, dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri pun manusia biasa yang boleh tenggelam oleh persekitaran yang negatif, bahkan diri anda pun tiada beza. Jadi kenalah bersabar jika mahu meluruskan tulang belakang yang bengkok. Jika terkasar boleh patah tetapi tidak boleh anda biarkan ia rosak.

♥ ♥ ♥ Isteri adalah amanah Allah, bukan barang hak mutlak milik anda seorang. Anda disuruh menjaganya bukan mempergunakannya sesuka hati. Dah habis diguna jika rosak buang ke tong sampah, dituduh tak sempurna, tak bermanfaat, tak membawa untung. Dia adalah amanah Allah, yang akan disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri sesuai dengan suruhan Allah dan Rasul-Nya.

♥ ♥ ♥ Rasulullah SAW bersabda kepada para suami yang bermaksud: “Pulanglah kepada keluarga kalian, berdiamlah, ajari dan bimbing mereka. Lakukanlah salat begini dan begini.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih)

Begitulah sentuhan jiwa yang diperlukan isteri, kepimpinan suami menjejaki jalan yang sukar dilalui biarlah anda mengenggam tangannya menapaki kehidupan ini dengan sentuhan iman, kasih sayang, kelembutan dan nasihat yang tidak mencederakan hati isteri. Bukan hanya salat, bahkan ajari dia mengenal Allah, berbuat baiklah seolah-olah tiada seorang pun yang pernah melayannya dengan lembut kecuali anda. Wanita fitrahnya inginkan kelembutan, jika ditengking bertambah degillah dia.
Share this article :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. cananglahnie post - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger