Surau Al-Ikhwan :
Home » » ‘Niat Kita Berhijrah Kerana Allah’ – Sheila Rusly

‘Niat Kita Berhijrah Kerana Allah’ – Sheila Rusly

Sabtu, 28 Julai 2012 | 0 ulasan


KUALA LUMPUR – Penerbit dan pelakon wanita, Sheila Rusly menegaskan seseorang artis wanita yang ingin berhijrah ke jalan Allah S.W.T dengan berhijab perlu menetapkan niat untuk berubah kerana Tuhan.

Bagi Sheila, sekiranya sudah berhijrah, isu mengenai tidak mendapat tawaran berlakon dan rezeki semakin berkurang tidak perlu dipertikaikan.

Kata Sheila yang dipetik dari mStar Online, sekiranya hati sering mengeluh dengan rezeki yang Allah S.W.T berikan, niat untuk berhijrah itu sudah berubah kepada tidak ikhlas.

“Jangan pertikai isu tawaran lakonan atau kerja merosot hanya kerana kita bertudung. Artis terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah.

“Maka, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah,” kata Sheila.

Berpendapat negara Malaysia masih lagi mempunyai peluang kerja sebagai artis yang cerah, Sheila menegaskan banyak saluran atau produksi yang menghasilkan cerita yang berunsurkan Islamik.

Justeru itu, cakap-cakap sesetengah artis yang mengatakan cerita atau drama yang ada dalam industri lakonan yang tidak berlandaskan Islam adalah tidak benar.

Dengan adanya produksi filem atau syarikat pengarahan yang mengeluarkan cerita berunsurkan Islamik, artis-artis wanita yang bertudung sudah pun diiktiraf bakat mereka untuk menjadi pelakon di Malaysia.

Malah, Sheila menegaskan kenyataan yang mengatakan bertudung atau berhijab akan menutup pintu rezeki sebagai artis adalah tidak wajar.

“Di Malaysia, kita ada banyak saluran televisyen, malah ada saluran Islamik yang membolehkan penghasilan banyak drama berunsurkan Islam. Ini sekali gus memberikan jaminan platform kepada aktres wanita yang sudah bertudung.

“Jadi, tidak wajar isu bertudung dianggap penyekat periuk nasi dan rezeki dalam bidang seni pula. Ada banyak jalan cuma kita perlu bersabar dan terus berikhtiar,” katanya

links

Gadis yang bakal berkahwin tapi tak suka 'dibelai' lelaki...


Seks Adalah Perkara Biasa Bagi Pelajar Sekolah
Bila Perempuan Tak Hargai Daranya
5 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

Pengantin Baru 'Dirogol' Tikus
Dipenjara Kerana Pertahan Diri Dari Di Rogol
Kereta Mewah Audi A5 Cabriolet No Plat TASH4 Milik Tasha Shilla?
Dipenjara Kerana Pertahan Diri Dari Di Rogol
Kenapa Islam Haramkan Seks Melalui 'Back Door'
Kejam Sungguh Manusia-manusia Ini..
Share this article :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. cananglahnie post - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger