Surau Al-Ikhwan :
Home » » Ulama Dalam Jihad Kemerdekaan.

Ulama Dalam Jihad Kemerdekaan.

Ahad, 26 Ogos 2012 | 0 ulasan





Rakaman sejarah popular yg ada pada hari ini tidak memberatkan soal kebangkitan org2 melayu menentang penjajah selepas kejatuhna melaka pada 1511 hinggalah seluruh bumi tanah melayu dikuasai british melalui Malayan Union pada 1946. Yg diketengahkan hanyalah proses & perkembangan penjajahan yg berlaku dalam tempoh lebih 400 tahun oleh beberapa kuasa asing seperti por
tugis, belanda, british, siam & jepun. Paling menonjol pun ialah kebangkitan beberapa pembesar melayu di perak, naning pahang, kelantan & terengganu yg dikaitkan dengan ketidakpuasan hati akibat kehilangan kuasa memungut cukai.

Sejarah kebangkitan orang melayu terhadap penjajah seolah-olah bermula selepas perang dunia pertama, serentak dengan penubuhan UMNO - walhal UMNO tidak memperjuangkan kemerdekaan pun sehingga 1951. Kajian2 tentang kesedaran politik anti establishment oleh Roff (1967, Firdaus Abdullah (1985), Ramlah Adam (2004) & Muhammad Saleh Lamry (2006) kebanyakannya meletakkan kesedaran menentang penjajah ini hanya bermula pada 1906 yg ditandai oleh kebangkitan reformis Islam melalui Al-Iman.

Satu hakikat yg dilupai & mungkin sengaja disembunyikan ilalah kebangkitan untuk menentang penjajah telah bermula pada hari pertama kejatuhan melaka pada 1511, & yg lebih penting semenjak 1511 hingga 1957 Ulamalah yg mempelopori usaha-usaha kebangkitan & jihad ini tanpa henti. Bermula dengan gerakan jihad ketenteraan pada abad ke 16 hinggalah kepada jihad organisasi menjelang abad ke 20, Ulama terus bekerja untuk membentuk kesedaran kepada orang melayu Islam bahawa mereka mesti bangkit untuk membebaskan diri daripada penjajahan kuffar.

(Sedikit Ringkasan Dari Buku Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan)
 —
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. cananglahnie post - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger