Surau Al-Ikhwan :
Home » » Pada kuliah subuh 30/9/12

Pada kuliah subuh 30/9/12

Ahad, 30 September 2012 | 0 ulasan


Assalamualaikum Wr. Wr.

Maaf mencoretkan ilmu ini agak lambat atas sebab yang tertentu.
Pada kuliah subuh 30/9/12 Ahad, bertempat di Surau Al-Ikhwan, Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang disampaikan oleh Ustaz Amar dari Bukit Mertajam.

Apa yang dapat saya sampaikan hanyalah sedikit dari ilmu yang disampaikan pada kuliah tersebut. Yang menarik minat saya mengenai Ust. tersebut ada menyebutkan ada 4 perkara yang dibuat oleh kita, akan mendapat pahala kepada orang yang memberi dan juga orang yang menerima. 

Perkara-perkara tersebut adalah wangian, manisan, bunga & bantal.

Ust. Terus bercerita mengenai salah satu daripada 4 perkara tersebut ialah Wangian, di kota Mekah ada penumpang bertekak diatas bas mengenai tempat duduk tanpa ada kesudahan. Disamping itu pula ada penumpang lain memberi wangian (minyak atar) kepada semua penumpang, sampai sahaja pada orang yang bertekak mereka terus berhenti dan terus menyapu minyak atar tersebut pada diri mereka memberinya pada penumpang yang lain. Ini kerana mereka tahu wangian akan mendapat pahala pada orang yang memberi dan juga orang yang menerima tidak macam benda-benda lain hanya orang yang memberi akan menerima pahala dan orang yang menerima tidak akan menerima pahala.

Sambil berseloroh dia juga berkata jika memberi jangan hanya memberi bunga wanita yang cantik & muda sahaja dengan mengabaikan orang sudah berumur & tua. Ia harus memberi pada semua orang jika boleh tanpa mengira darjat atau umur.

Begitu juga jika ada orang yang memberi manisan ataupun bantal jika haruslah mengambilnya buat seketika  walaupun tidak sangat memerlukannya hanya kerana kita tahu orang yang menerima akan menerima pahala.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. cananglahnie post - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger