Surau Al-Ikhwan :
Home » » BILA HUKUM ALLAH GAGAL DILAKSANAKAN!!!!!

BILA HUKUM ALLAH GAGAL DILAKSANAKAN!!!!!

Isnin, 24 Disember 2012 | 0 ulasan

Apabila perintah serta hukum Allah SWT diperlekehkan,diherdik dan dihina,tunggulah akan balasan untuk kaum itu walaupun ada dikalangan mereka orang yang beriman.
Apa yang terjadi di Negeri Johor yang kuat pegangan Assobiahnya,setia serta taat pada parti keramat nasionalisnya....kejadian yang amat menyayat hati sekelian manusia apabila seorang kanak-kanak perempuan dipercayai berusia setahun yang dibunuh cara kejam dengan perutnya terburai sebelum dibakar.

Mayat kanak-kanak perempuan yang dibungkus plastik dengan kesan terbakar itu ditemui di tepi Jalan Salleh, Taman Ungku Aziz, semalam.Kanak-kanak perempuan dipercayai dibunuh sebelum dibakar secara kejam di kawasan bekas flat Bukit Chagar, Johor Bahru.Tiada identiti ditemui pada bayi itu dan polis turut menemui kesan minyak petrol dan plastik yang dipercayai untuk membungkus bayi sebelum dibakar.

Apakah dosa kanak-kanak ini hingga diperlakukan sadis sedemikian rupa?Adakah ini dendam kesumat terhadap ibubapa kanak-kanak ini hingga ia menjadi mangsa korban?

Adakah ini juga satu balasan yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT gara-gara bertapa Masyarakat melayu Islam Menolak Hukum yang telah diperintahkan oleh Allah swt untuk dilaksanakan?

Ini cuma andaian peribadi penulis sahaja tapi yang pastinya kanak-kanak ini tidak patut atau perlu mati sedemikian rupa.Penulis boleh katakan juga perlakunya sememangnya menpunyai kalau bukan hati binatang ia hati setan.....

Marilah kita semua berdoa agar si perilakunya akan mendapat hukuman yang setimpal walaupun mungkin terlepas di dunia dan tidak mungkin terlepas pembuatan kejahatan itu di akhirat di mahkamah Allah Rabul jalil.
Share this article :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. cananglahnie post - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger