Surau Al-Ikhwan :
Home » » APAKAH ITU ISTIWA’ MATAHARI?

APAKAH ITU ISTIWA’ MATAHARI?

Isnin, 15 Julai 2013 | 0 ulasan

Peluang untuk menyemak arah Kiblat melalui kaedah Istiwa’ Utama Matahari di Kaabah pada 16 Julai, 5:28 petang

APAKAH ITU ISTIWA’ MATAHARI?

Istiwa' utama matahari atau istiwa A’zam di Ka’bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa’ matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka’bah terletak. Fenomena istiwa berlaku setiap hari di meridian tempatan tetapi hanya dua kali setahun berlaku di titik zenit, dan hanya bagi negeri/negara yang latitudnya antara 23.5° Utara dan 23.5° Selatan (antara garisan Sartan dan Jadi).

Firman Allah dalah Surah Ar Rahman ( ayat 17)

(Dia lah) Tuhan Yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan Yang mentadbirkan dua barat

Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa dua timur dan dua barat dalam ayat tersebut adalah merujuk terbit dan terbenam matahari pada dua musim berbeza, musim panas dan musim sejuk. Ia secara jelas menunjukkan bahawa matahari terbit dan terbenam pada tempat yang berbeza setiap hari.

Berdasarkan maksud ayat di atas juga, jelas bahawa fenomena istiwa (rembang, tengahari, transit, noon) tidak sentiasa berlaku di titik ghayah (puncak kepala, zenith) sebaliknya berubah setiap hari pada garis tengahari (meridian tempatan, local meridian). Istiwa di titik ghayah (istiwa utama, a’adzam) hanya berlaku dua kali setahun.

Di Malaysia, istiwa mataharinya awal 5 jam sebelum istiwa di Mekah. Justeru, ketika istiwa utama di Mekah/Kaabah, waktu Malaysia adalah 5.16 petang pada 28 Mei, dan 5.28 petang pada 16 Julai, setiap tahun. Pada tahun lompat, tarikhnya adalah pada 27 Mei dan 15 Julai. Namun penggunaan bayang matahari sebagai rujukan arah menyebabkan perbezaan arah pada dua tarikh tersebut adalah kecil.
Tarikh & Masa:-

28 Mei 2011 ( 5.16 Petang )
16 Julai 2011 ( 5.28 Petang )

Apa sebenarnya terjadi ketika istiwa’ utama matahari berlaku

Bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka’bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.
Share this article :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. cananglahnie post - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger