Surau Al-Ikhwan :
Home » » Syarat-syarat sah sembahyang jenazah ialah seperti berikut:

Syarat-syarat sah sembahyang jenazah ialah seperti berikut:

Ahad, 9 Disember 2012 | 6ulasan

Syarat-syarat sah sembahyang jenazah ialah seperti berikut:

1. Sembahyang jenazah sama halnya dengan sembahyang yang lain, iaitu harus menutup ‘aurat, suci dari hadath besar dan kecil, suci badan, pakaian dan tempat serta menghadap ke arah qiblat.

2. Mayat sudah dimandikan dan dikafankan.

3. Mayat diletak sebelah qiblat mereka yang menyembahyangkannya kecuali jika sembahyang
dilakukan di atas kubur (sembahyang ghaib).

Cara melakukan sembahyang jenazah ialah dengan keadaan berdiri sahaja dengan tidak ruku‘, sujud, tasyahhud dan duduk. Sebelum dilakukannya juga tidak disertai dengan azan dan iqamah.

Rukun-rukun dan cara menunaikannya adalah seperti berikut:

1. Bertakbir dengan takbiratul ihram dalam keadaan berniat sembahyang ke atas mayat.

2. Selepas bertakbir, dibaca Surah Al-Fatihah.

3. Bertakbir untuk kali kedua. Seterusnya membaca salawat dengan mana-mana lafaz salawat dan yang paling afdhal ialah salawat Ibrahimiyyah.

4. Kemudian bertakbir untuk kali ketiga dan berdoa untuk si mati selepas takbir tersebut.

5. Kemudian bertakbir untuk kali keempat dan berdoa selepasnya.

6. Kemudian memberi salam ke sebelah kanan dan kiri.

Amat2tikanlah. Slmt beristrht dan slmt beramal. :-)
Share this article :

6 ulasan:

  1. Lepas bagi salam... dapat sampul.... susah hati betul aku dengan budaya sampul ni... macam dah tak ada manusia yang ikhlas untuk menyembahyangkan saudara seagamanya... bimbang itu harta anak yatim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau lepas sembahyang dapat sampul...., mudah aja. masukkan duit dalam sampul itu kedalam tabung surau.....niatkan pahalanya kepada simati....Insyaallah ganjaran yang serupa akan ALLAH kurniakan kepada kita
      www.perniagaansiber.com.my

      Padam
  2. Umno tak payah sembahyang sepak aje bangkai dia dalam lubang 3 kaki bior senang anjing makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berikan komen membina sikit...masa dok lepas solat ambil masa 2...3 minit fikir secara minda sedar..hati kotor solat takakan khusuk..kita sama2 cari pahala..cuba hayati 4 sifat nabi..nabi tidak melampaui batas dengan musuh..kite tak maksum!!!

      Padam
  3. ye lahh..betul tu anon1:26ptg...mslh budaya sampol ni yg tak baik..so, kalau kita terima sampol2 gini, ramai2 kita pulangkan kpd tuannya..dgn harapan x de lagi akan dtg org hulur sampol. Maybe ustaz2 bole nasihatkan kedua2 org yg panggil solat jenazah n org2 yg solat jenazah supaya hentikan amalan ini..takut2 itu sebahagian harta anak yatim..

    BalasPadam

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. cananglahnie post - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger