Surau Al-Ikhwan :
Home » » Pelik ! Gambar bunga Orkid berwajah monyet di kelopaknya...

Pelik ! Gambar bunga Orkid berwajah monyet di kelopaknya...

Rabu, 25 Julai 2012 | 0 ulasan


JIKA anda menyangka gambar bunga Orkid dengan wajah seakan monyet di kelopaknya ini merupakan hasil penggunaan teknik photoshop atau superimpose, ternyata anda silap. Bunga ini memang benar-benar wujud, ia merupakan bunga ganjil yang tumbuh di hutan tebal selatan Ecuador dan Peru. Terkenal dengan nama Orkid Monyet, nama saintifiknya pula ialah Dracula simia "Simia" merujuk kepada wajah monyet yang terpapar pada kelopaknya, manakala Dracula merujuk kepada dua unjuran taji yang kelihatan seperti hujung kepak pontianak versi Inggeris (Vampire). Bunga Orkid ini baru ditemui dalam tahun 1978 dan ia merupakan sebahagian daripada keluarga yang mengandungi lebih 120 spesies di Ecuador. Bunga-bunganya dikatakan memiliki bau seperti limau yang sedang ranum.BACA DISINI
Share this article :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. cananglahnie post - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger